Tuesday, June 24, 2008

Satey Mr. Harligt


Untuk resepinya yana ambil terus dari MyR.
Bahan-bahan
500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
BAHAN PERAP
2 batang serai
1/2 inchi halia
1/2 inchi lengkuas
1/2 cawan jintan manis
1/2 cawan jintan putih
1/2 cawan gula
Garam,
serbuk kunyit dan air secukupnya
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap peka
t4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
5 sudu besar minyak masak
BAHAN PERCIK
1/2 cawan minyak masak
4 sudu besar susu tepung
1 batang serai diketuk
Cara-cara
Kisar kesemua bahan perap hingga halus.
Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.
Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.
Bakar hingga masak.
Gaulkan sebati minyak dan susu.
Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.