Thursday, September 25, 2008

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI....MAAF ZAHIR BATIN

Untuk semua teman teman dialam maya ini yana mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut aidilfitri buat semua...maaf zahir dan batin.

Buat masa sekarang yana tak dapat meneruskan xtvt merempit kat tenet ni, pasal dalam proses pindah rumah. Lagipun pc ku jahanam...masuk spital !.

Mana2 yg bagi xsaimen tu nnt bila keadaan dah pulih yana akan cuba siapkan...

Friday, August 8, 2008

Kek Coklat Kukus




Ari ni terlebih rajin skit. Anak2 duk suruh wat kek coklat. Hari ni yana cuba kek coklat kukus resepi Kak Lily.


Bahan-bahan ( 8 in )
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara
Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu cair dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
Angkat dan sejukkan.

Pan Mee

Resepinya cam biasa la yana ceduk terus drp MyR. Pan Mee by Lydia

Bahan-bahan ( 4 orang )
2 cawan tepung gandum
1 biji telur kecil
Secubit garam
1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Masukkan tepung dalam mangkuk besar dan buat satu lubang kat tengah.
Masukkan garam dan telur.
Masukkan minyak dan air. Uli sehingga jadi doh yang agak licin, lebih kurang 5 minit.
Kalau guna telur yg besar, air boleh dikurangkan sikit.
Doh ni lebih keras berbanding dgn doh untuk roti.
Bahagikan doh kepada 4 bola kecil supaya senang nak ambil nanti.
Tutup degan plastic wrap dan diketepikan.
Sementara itu, sediakan sup. Selalu I masak ni dengan sup salad.
Jagan masukkan sayur awal2, lepas masuk mee baru masukkan sayur.
Bila sup dah didih, kecilkan api. Ambil satu biji doh dan tarik2 skit .
Ketebalan bergantung kepada citarasa masing2.
Untuk pertama kali masak ni, cubalah buat yg tebal dan nipis...
rasa dulu baru tau mana satu yg suka.
Buat kepingan kecil dan terus masukkan ke dalam sup.
Ulang sampai habis. Lepas tu, masukkan sayur dan fishball atau bahan2 lain.
Bila mee dah masak akan timbul kat permukaan sup.
Bila dihidangkan, taburkan sedikit ikan bilis goreng dan bawang goreng kat atas.
Makan dgn cili padi dan kicap cair... boleh juga bubuh sedikit bawang putih dalam kicap cair.

Wednesday, August 6, 2008

Roti Canai

Hari ni anak2 duk minta roti canai. Mana la nak cekau benda alah ni. Kalau papa ada, boleh la juga suh papa gi belikan...Akhirnya godek2 pc jab, cari resepi roti canai. Jumpa resepi drp Joayee. Apa lagi, mama kerah mimi gi beli telur... Fahmi belikan tepung...hehehe. Senang citter, mama duk ngadap pc salin resepi. Lagipun kedai runcit sebelah rumah jer, bukan nyer jauh.
Kalau ikut resepi ni, perlu rehatkan selama 3 jam... Tapi yana sempat tunggu satu jam jer, bosan la duk dengar mimi ngan Fahmi asyik duk tanya bila nak masak?.. Bila nak masak. Walaupun satu jam jer, tapi roti ni memang menjadi... lembut jer.. nak tebar pun sonang. Resepinya yana copy dari MyR jer. Malas nak taip banyak2.


Bahan-bahan ( 12-16 biji )

550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli



Cara-cara

masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
uli hingga jadi doh
rehatkan doh selama 10min
uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.**

Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan.
kalau rasa lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh.

Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas.
masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min.
selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker.
masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung.
dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.

perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

Wednesday, July 30, 2008

Homemade Cendol


Semalam terasa nak makan air cendol jer. Nak keluar beli kat kedai malas lak rasanya, tp anak tekak ni duk jerit2 nak rasa air cendol. Terus gi dapur, belek2 bahan nak wat cendol ada ke tak. Nasib baik semua bahan ada. Terus jer bukak MyR, cari resepi cendol. Akhirnya dapat gak minum air cendol...nyaman jer tekak ni....


CENDOL by Siti Mariam

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara
masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
kacau selalu supaya tidak hangit
sediakan bekas yang berisi air sejuk
masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Singgang Berempah CMG


Bahan Utama
4 - 5 keping ikan merah (atau apa2 ikan yang digemari)
2 biji tomato, belah
4 setiap biji
2 batang serai dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 ketul kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
Garam secukup rasa
Air mengikut keperluan
Bahan Tumbuk
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji
8 biji cili padi
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis
Cara membuatnya
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga harum,
masukkan serai dan tuang air (ikut keperluan).
Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan juga jus asam jawa. Biar mendidih.
Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan tambah garam secukup rasa.
Biar mendidih atas api sederhana hingga ikan masak.
Akhir sekali masukkan belahan tomato.
Sesuaikan rasa dan jika ok, boleh dihidangkan....

Telur Ikan

Sesajer jer nak letak kat sini. Dah lama sangat tak makan telur ikan. Semalam hb gi memancing dapat ikan besar gak ler. Waktu duk belah perut ikan, nampak telur dia kuar skit. Suka sgt kita. Apalagi, balik jer kat rumah terus goreng. Bila dah lama sgt tak makan, sodap la pulak. Laju jer makan nasi.

Monday, July 28, 2008

Ayam Percik

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
3 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 helai Daun pandan-simpulkan
2 biji bawang putih-tumbuk
1 inci halia-tumbuk
Garam
1/2 potong gula melaka

Bahan Kisar
3-4 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
2 batang Serai
4-5 tangkai cili kering(rendam seketika)

Cara-cara
A
Bersihkan ayam. Toskan
Perap ayam bersama bahan tumbuk dan garam seketika.
Masukkan ayam kedalam periuk bersama santan cair dan daun pandan.
Masak hingga ayam empuk.

B
Dalam bekas lain, satukan bahan kisar bersama santan pekat dan gula melaka.
Masak diatas api sederhana besar. Hendaklah dikacau selalu dan masaklah hingga kuah pekat.
Perasakan dgn garam dan gula. Boleh tambah sedikit serbuk perasa jika suka.

C
Bila semua dah siap, boleh la dibakar ayamnya. Curahkan kuah percik keatas ayam sewaktu membakar. Lebih enak jika guna dapur arang utk membakar, tp yana guna oven jer...xde dapur arang.

Ayam Goreng Ranggup

Dah tak tahu nak masak apa, buat jer ayam goreng. yana cuma salut ngan tepung Bestari campur ngan serbuk roti tu jer. En.Hb suka sangat tepung ni, wat goreng ikan dan sotong pun sodap. Tapikan kat Kelantan ni susah nak dapatkan tepung Bestari ni. Yana tak tahu nak cari kat mana. Jenguk2 juga la kat Tesco xder gak. Yang ader kat rumah ni pun stok lama, beli waktu duk Terengganu tahun lepas.

Tortilla

Kelmarin balik rumah IL, pastu bawak sekali la bahan2 utk buat tortilla kat sana seronok skit makan ramai2. Lagipun BIL memang suka kalau yana masak benda alah ni.

Bahan-bahan.
5 keping Tortilla
Daun Salad
Mustard
Mayonis

Bahan Inti
*2 ulas bawang putih
*Semangkuk Isi ayam
*1 labu Bawang besar
*1/2 biji capsicum

*1/2 batang timun
*Sepotong nenas
Sos BBQ
Sos cili
Serbuk pati ayam
Garam dan gula jika suka

Cara-cara
Bakar seketika Tortilla. Ketepikan
Bahan bertanda * dipotong dadu.
Panaskan 3-5 sudu besar minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan bawang besar, kacau seketika.
Masukkan isi ayam, kacau.
Bila isi ayam dah masak, boleh la dimasukkan sos bbq bersama sos cili.
Kacau seketika, masukkan semua bahan yg dipotong dadu, serbuk pati ayam. Kacau.
Boleh tambah sedikit garam dan gula jika suka. Siap.
Letakkan daun salad diatas tortilla, inti, mayonis dan mustard jika suka.
Lipat dibahagian bawah dan gulung. Siap untuk dimakan.
(inti tortilla boleh juga dimakan bersama roti pita ataupun roti biasa.)

Tuesday, July 22, 2008

Semut menyerang!!!

Waktu mula-mula tengok




ni kita bukak kat dalam..Huhhh! jenuh nak bersihkan...




Semalam yana duk kemas barang2 yang dah lama tak digunakan. Bila bukak jer almari dapur kat bawah tu, ingat nak ambik pembakar roti nak simpan dalam kotak..pasal dah lama sgt tak guna. Bila nak ambik jer Uhhh!!! terkezut kita. Penuh ngan semut hitam. Terus ambik letak kat luar.. Sapu2 ngan bulu ayam, makin yana sapu makin banyak yang keluar. Cuba ketuk2 kat atas kerusi... Mak aiii!!! banyak nyer telur2 semut ni kuar.
Apalagi, En.Hb xder ni..kita terus ambik jer perkakas hb...terus bukak. Ya Allah! banyak betul sang semut ni...siap wat sarang kat dalam ni...telur tak yah cakap la..memutih. Ambik masa dalam satu jam gak nak bersihkan semua ni. Dah siap semua, pasang balik yang mana dibuka. Kesudahannya pembakar roti ni yana letak jer kat luar rumah, dah xder angin nak simpan. Tak tau la masih boleh pakai ke tak. Tapi nampak gayanya kesudahannya kat tong sampah gak... Ntah la, rasa cam dah tak mau guna dah. Tengok la macam mana nasib pembakar roti tu...

Ikan kukus



Resepi ikan kukus ni yana olah resepi ikan kukus patin drp kak nor. Ari tu duk sembang pasal memancing pastu kak nor cakap sedap kalau patin dikukus. kita lak tak pernah kukus ikan patin. Yang kita tau hanya masak tempoyak jer. Terus mintak resepi drp kak nor. Tapi yang ni yana guna ikan tongsan. pasal ikan ni banyak isi.

Bahan-bahan
ikan

Bahan perap
sos tiram
sos ikan
lada hitam
garam
gula
serbuk perasa

Bahan Tabur
1 biji mangga muda-cincang halus
1 inci Halia muda-mayang
2-3 ulas Bawang putih-ketuk kemudian cincang
3 batang Serai-mayang
1 labu bawang besar - Belah 6
3-4 biji lada burung-potong kecik2
lobak merah-parut halus
1/2 btg sadri-potong serong

Cara-cara.
Bersihkan ikan. Toskan. Perap ikan seketika bersama bahan perap.
Panaskan kukusan. Letak ikan dalam bekas, letakkan semua bahan tabur diatas ikan. Kukus hingga ikan masak. Siap.

Kole-kole Kacang @ koleh kache


Semalam cuba buat koleh kache resepi che'iza. Sedap banget, tak sempat keras anak2 dah cedok ngan sudu...pakat makan. Tp depa x suka tahi minyak..makan gitu jer. Jom kita lihat resepinya. Yana ambik terus dari MyR.

Bahan-bahan ( 7-8 orang )
** 1 cwn santan pekat
* 1 cawan gula merah (yana guna 2 keret nisan)
* 2 sb gula pasir
* 1 cwn air
* beberapa helai daun pandan disimpul
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam
Cara-cara
Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Kari Ikan


Kari ikan resepi CMG ni memang best. Sedap sesgt, laju jer hb makan. Tapi yana buat guna ikan kembung jer pasal en.hb tak makan ikan lain. Untuk resepinya yana ambik terus dr bolg CMG.

Bahan Utama:-)
1 kepala ikan merah atau apa2 ikan yg digemari, dibelah 2
2 biji tomato
5 - 6 biji kacang bendi (tak letak sebab tak de)
1 biji terung bulat (tak letak sebab tak de juga!)
1/4 cawan jus asam jawa
2 1/2 camca besar rempah kari
1/2 cawan pati santan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Air ikut keperluan
Garam dan gula (jika perlu)

Bahan Kisar:-)
6 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih1 inci halia
3 tangkai cili merah1 inci kunyit
1/2 inci belacan

Bahan Tumis:-)
3 biji bawang merah kecil, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
3/4 camca teh halba campur
2 tangkai daun kari

Cara membuatnya:-)

Cuci kepala ikan bersih2, perap dengan garam dan jus limau 10 minit, cuci dan toskan.
Tomato, dibelah 2 setiap biji, kacang bendi dicuci, toskan
Terung bulat dikupas kulit, belah 6 dan rendam dalam air garam.
Panaskan 1 cawan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Tuang bahan2 kisar dan juga rempah kari, gaul rata dan tumis hingga terbit minyak.

Gunakan api sederhana. Tuang air dan masukkan serbul lada hitam. Biar mendidih.
Kemudian masukkan kepala ikan, bila mendidih masukkan kacang bendi dan terung, masak hingga mendidih.

Tuang jus asam jawa dan masukkan tomato.
Bila mendidih, masukkan santan/susu dan perasakan dengan garam dan gula (jika perlu), biar masak sebentar. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan...

Tepung Boko Ubi Kayu

Bahan-bahan
Ubi kayu
gula
air

Cara :- Ubi kayu di parut/dimesin halus. Tambah sedikit air dan gula ikut kemanisan anda. Kacau serata.... Masukkan dalam loyang, kukus hingga masak.

Bahan kuah
Santan
Tepung beras
garam

Cara:- Campur semua bahan kuah, masak hingga kuah pekat. Siap. (tepung beras skit saja dalam 2sb)

Saturday, July 19, 2008

KAIN PASANG....Murah..murah!!!


KP 002
Kain Chiffon Jalur RM 25
Ada manik tabur




KP 003

Kain Chiffon Cinderella Rm 25



KP004

Kain Chiffon Cinderella Rm 25

Semua harga TERMASUK PENGHANTARAN

KAIN PASANG....Murah..murah!!!




KP 001
Kain Chiffon Jalur RM 25 (termasuk penghantaran)

Ada manik tabur

Wednesday, July 16, 2008

Ayam Goreng Tomyam

Bahan-bahan

Semangkuk ayam - dipotong kecil2
1 sb pes tomyam
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 btg serai - dititik
2 helai daun limau purut
4 biji cabai - di ketuk
1/2 biji bawang besar - potong baji
Sayur-sayuran ikut suka....tomato, bunga kubis, jagung muda, lobak merah... apa ajer.
Air limau nipis
garam
gula serbuk perasa

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak.
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan pes tomyam, kacau seketika. Tambah sedikit air jika kering.
Masukkan potongan ayam, kacau. Masukkan bawang besar, serai, daun limau purut dan cabai.
Masukkan semua sayur-sayuran. Kacau seketika.
Masukkan air limau nipis, garam, gula dan sedikit serbuk perasa.
Siap.....

Ntahapaapantah....

AYAM PANGGANG

CAMPUR
KENTANG PUTAR


.

.

JADI LER...

.
.

Bawak balik rumah mil...terkezut fil ku...hehehehe. Ayam apa daaa!!!. Ayamnya memang laku...tapi kentang putar hanya aku ngan anak2 jer yang makan..orang lain pandang sepi jer... Dorang ni memang tak makan kentang putar ni. kalau beli kfc nyer pun deme tak makan....fahmi ler yg untung...sebenarnya ayam ni dapat ilham daripada KakMon(ninasuria)

Kentang Putar


Bahan-Bahan
1 kg ubi kentang
3/4 cawan susu segar
1/2 sk lada hitam - tumbuk/kisar
garam
Cara-cara
Ubi kentang di kupas kulit, bersihkan dan di rebus hingga empuk.
Lenyek hingga hancur. Pastu kisar ubi kentang tadi dgn 'hand mixer'... masukkan lada hitam dan secubit garam. Masukkan susu perlahan lahan hingga habis. Siap dimakan.....
( susu segar boleh diganti dgn susu cair jika suka)

Ayam Panggang


Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sb sos tiram
1 sb lada hitam
1 sb rosemarry
1 sb kicap
garam
gula
serbuk perasa jika suka.
Cara-cara
Bersihkan ayam. Toskan.
Kisar semua bahan, perap ayam sekurang kurangnya utk 1/2 jam. Lagi lama lagi bagus. Siap sedia utk dibakar.

Tuesday, July 8, 2008

Asam Pedas Rohu

Bahan-bahan
ikan Rohu
Segenggam daun kesum
Bunga Kantan
Asam Keping
Air secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Lada kering
Lengkuas

Cara-cara
Bersihkan ikan. Masukkan bahan kisar dalam periuk, ikan, asam keping dan air.
Bila dah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Perasakan dgn garam, gula dan sedikit serbuk perasa jika suka. Biarkan seketika, siap untuk dihidang.(boleh tambah skit belacan jika suka)

Monday, July 7, 2008

Ikan Tosan/Tongsang

Ayah Ngah bergambar kenangan dgn ikan tangkapan sepupu yana. Waktu ni kalau memancing tak pernah dapat ikan besar so tumpang bergambo dgn ikan orang lain jer. Tengok org lain dapat ikan besar, lagi bersemangat nak memancing katanya.

Ikan Rohu
Berat 5.2 kg


Haaa...sekarang jangan tak percaya, ayah Ngah berjaya naikkan ikan tosan seberat 10 kg. Suka sangat dia. sekarang ni bertambah tambah ler semangat nak memancing. Yana pun terasa nak join sekali, tp sayangnya sekarang ni hb kerja kat terengganu xleh ler nak ikut serta. Lagipun sekarang ni mimi sekolah. Nampaknya ari minggu jer baru leh tunaikan hasrat.

Ikan Tosan

Berat 10kg

Ikan ni, ayah ngah jual separuh dapat dalam Rm70. Itu pun pasal jual dgn harga yg murah, sekilo Rm8 jer. Selebihnya MIL masak kari. Ayah ngah cakap sedap, tp x tau ler sedap camner pasal yana tak makan. Hb pun sekarang ni, xleh duk diam...teringin gak nak naikkan ikan besar cam Ayah Ngah.

Wednesday, July 2, 2008

Ayam BBQ

Bahan2

1/2 ekor ayam
1 ulas bawang putih*
sedikit halia*
sos bbq
sos lada hitam
sedikit rosemary
cara
Bahan bertanda ditumbuk halus, gaul semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap seketika. Boleh tambah garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
sedia untuk dipanggang.

Tuesday, June 24, 2008

Bawal Kukus


Ini adalah resepi ikan siakap kukus cik Mat. Untuk resepinya yana ambil terus dari MyR.
Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal putih
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula*
1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
2 batang serai, dihiris halus*
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau
1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
Cara-cara
Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas.
Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya.
Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.

Satey Mr. Harligt


Untuk resepinya yana ambil terus dari MyR.
Bahan-bahan
500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
BAHAN PERAP
2 batang serai
1/2 inchi halia
1/2 inchi lengkuas
1/2 cawan jintan manis
1/2 cawan jintan putih
1/2 cawan gula
Garam,
serbuk kunyit dan air secukupnya
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap peka
t4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
5 sudu besar minyak masak
BAHAN PERCIK
1/2 cawan minyak masak
4 sudu besar susu tepung
1 batang serai diketuk
Cara-cara
Kisar kesemua bahan perap hingga halus.
Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.
Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.
Bakar hingga masak.
Gaulkan sebati minyak dan susu.
Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.

Ayam Percik

Ayam Percik

Spaghetti Bolognese

Peberet mimi nih. Yana guna sos prego jer. malas nak wat sos sendiri. cuma tinggal tumis bawang putih ngan bawang besar jer. tambah daging hancur dan bebola daging pastu letak sedikit serbuk pati ayam. Tapikan sos prego ni masam skit kan?

Yang ni nak perabihkan sos. Kebetulan roti hb ada lagi... wat untuk bekpes mimi gi sekolah.

Ayam Panggang

Bahan-bahan
1 btg Serai
1/2 inci Halia
1 ulas Bawang Putih
1/2 st Jintan manis
1/2 st Jintan Putih
1 sb Sos bbq
sedikit Air asam Jawa/jus limau nipis
1@ 2 Tangkai Cili Kering
Garam
Gula @ gula melaka
Serbuk Perasa

cara-cara
Kisar semua bahan. Perap ayam paling kurang 1/2 jam, lagi lama lagi bagus. Siap untuk dibakar

Doh???


Agak2 korang doh apa ni? Yang ni umpan ikan ni... jangan duk sangka doh roti @pun doh kuih muih erk...:-). Semalam hb balik, bagi satu plastik barang2 dapur. Intai tengok...ada roti, kelapa parut, minyak sapi, esen vanilla... macam2 lagi barang ada. Penin den, nak buat apa laki aku ni beli barang2 ni semua. Alih2 bila kita tanya selamba jer dia cakap nak wat umpan ikan. Yang jadi mangsanya kita la, kena menguli benda alah ni... mengalahkan nak buat roti lak.
Bahan2
Sebungkus roti "SEDAP"(dikisar)
segenggam kelapa parut
1 sb esen vanila
1 sb Yis kering
1 sb Minyak sapi
1 sb esen pandan @ pisang
Cara2
Gaul semua bahan, uli hingga menjadi doh.

Sunday, June 22, 2008

Hobi baru

Sekarang ni duk gian memancing. Tiap2 minggu mesti gi memancing. Sekarang duk syok memancing kat kolam memancing berbayar... kolam Mahaderas. Kolam ni kat pasir putih. Bayaran hanya RM10 utk tiga jam, bagi satu joran.


Yang ni ikan org lain yang dapat. Ni tumpang bergambar jer. Besar sgt ikan ni... dalam 9.5 kg.


Yang ni lak, ikan yg yana pancing sendiri. Ikan keli jer kita dapat, dalam 7 ekor dapat. Suka sgt, walaupun ikan keli jer...


Yang ni adik ipar, dapat ikan keli gak....

Iskandar

Ni ler buah hati pengarang jantung semua orang....bila la nak balik dak iskandar ni..muahhhh!!! rindu sgt2 ni. Kalau balik kampung mesti tak kenal ngan mak long ni...

Amacam? hensem tak? hehehe...

Waaa.... tak macho la anak laki icap mende tu..